top of page

PROGRAM USAHAWANANTEKNO PERLADANGAN SAWIT 

Program ini bertujuan untuk membimbing peserta dari kalangan bekas pelatih SKM dalam bidang sawit umtuk menjadi usahawan yang akan menggunakan teknologi penjenteraan perladangan dan automasi. Mereka akan didedahkan kepada pelbagai kaedah yang akan mempermudahkan semua aktiviti perladangan. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan kebergantungan industri sawit terhadap pekerja asing.
Dengan penggunaan teknologi dan automasi, prestasi dan produktiviti akan meningkat lantaran akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan.
Program ini akan dilaksanakan oleh pakar pakar industri sawit serta pembekal dan pembuat jentera/mesin dengan kerjasama strategik agensi agensi kerajaan dan syarikat syarikat perladangan.  

Makumat Berkaitan Kursus

Usahawan.png

Peserta yang mengikuti kursus ini akan:​​​

  • diberi bimbingan serta panduan tatacara untuk menjalankan aktiviti perladangan sebagai usahawantekno mekanisasi

  • mendapat pendedahan berkaitan mesin dan peralatan penjenteraan ladang yang sesuai untuk aktiviti perladangan seperti penuaian bermotor CANTAS, mengangkut BTS mengguna jentera mini traktor kren dan pembajaan kaedah MBS  

  • memahami kaedah serta tatacara mengendali mesin dan peralatan penjenteraan ladang dengan betul untuk menjimatkan kos dan meraih keuntungan.

  • peserta yang berjaya akan mendapat kontrak perkhidmatan kerja dengan Syarikat Perladangan atau agensi perladangan seperti FELDA, dan FELCRA

  • membantu pihak pengurusan syarikat mempercepatkan proses perlaksanaan mekanisasi dan mencapai matlamat untuk mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti.

  • Sijil Kemahiran IMPAC dan Jabatan Kemahiran Malaysia kepada yang layak dan lulus selepas latihan intensif

Tempuh kursus: 2 minggu

Pembiayaan Yuran Latihan Oleh Agensi Kerajaan/Syarikat Perladangan untuk yang layak

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Instagram Social Icon
bottom of page