(SKILL ENHANCEMENT OF MANPOWER INSTITUTE)
PUSAT LATIHAN SEMAI
Kemahiran adalah merupakan keupayaan kecekapan seseorang yang disumbangkan melalui aktiviti seharian untuk kelangsungan kehidupan.
Kemahiran diperolehi menerusi TVET dan di beri pengiktirafan setelah mendapat persijilan.
Pusat SEMAI menyediakan program dan kursus kemahiran untuk persediaan generasi akan datang berkeupayaan memberi sumbangan dan perkhidmatan dibidang yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Tentang Kami
Pusat SEMAI adalah sebuah pusat latihan kemahiran bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan pelbagai kursus dan program untuk industi sawit. Beberapa kursus jangka panjang dan pendek dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia. Program jangka pendek juga dilaksanakan untuk kumpulan pengurusan. Klik PROGRAM untuk penerangan lanjut berkaitan kursus dan program yang disediakan untuk keperluan anda.
Klik disini untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan industri sawit negara.
Klik disini untuk mendapatkan berita terkini berkaitan kemahiran
Klik disini untuk berita semasa terkini.
Program
Keusahawanan
Program keusahawanan disasarkan kepada belia dan pelatih lepasan SKM yang akan diberi bimbingan oleh pakar industri dan pembuat mesin serta kerjasama strategik dengan industri perladangan.
Matlamat program adalah untuk pembangunan usahawan dengan pnggunaan teknologi selaras dengan keperluan industri untuk mengurangkan tenaga pekerja asing.
Penglibatan golongan belia generasi FELDA adalah digalakan untuk menjadi usahawan ladang.
Program Pengurusan
Program Pengurusan adalah di sasarkan kepada kakitangan pengurusan organisasi syarikat perladangan dimana program berkaitan dengan kaedah perlaksanaan mekanisasi ladang sawit didedahkan kepada peserta.
Perkembangan serta pembangunan teknologi mekanisasi dan automasi perladangan akan dapat diketahui melalui program seumpama ini.
Mengapa Sertai Kami
Program dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat SEMAI di laksanakan oleh pakar pakar dan pengamal industri yang berpengalaman. Selain daripada itu Pusat kami menjalin kerjasama strategik dengan berbagai pihak dari kalangan, pembekal mesin dan jentera, agensi kerajaan dan syarikat syarikat perladangan untuk menawarkan pekerjaan yang sesuai dengan keperluan industri kepada pelatih pelatih yang berjaya.
Projek Terkini
Projek terkini kami adalah melaksanakan suatu inisiatif untuk pembangunan usahawan berteknologi untuk industri sawit. Inisiatif ini memerlukan bekas bekas pelatih SKM bidang sawit yang akan mendapat bimbingan oleh pakar pakar industri dan pembekal penjenteraan ladang sawit. Setelah tamat program bimbingan keusahawanan peserta akan berkhidmat dengan syarikat perladangan sebagai usahawan perladangan.