(SKILL ENHANCEMENT OF MANPOWER INSTITUTE)
PUSAT LATIHAN SEMAI
Kursus Kepimpinan Kaedah Personaliti STIFIN
Organisasi yang mantap mempunyai pasukan kerja bersinergi dalam seluruh gerak kerja untuk memenuhi matlamat utama. Kalau sebuah mesin sebagai ibarat, maka keseragaman dalam segala tindakan dalam sebuah organisasi mampu menghasilkan produktiviti yang bermutu. Itulah keputusan akhir yang dimahukan oleh mana-mana organisasi yang tersusun.
​
Modul STIFIn Personality digarap agar setiap anggota pasukan pekerja yang mempunyai pelbagai ragam kompetensi dapat digembeling secara holistik. Latihan-latihan yang dilalui akan memberi pengertian tersendiri kepada setiap peserta. Ia bukan sekadar maklumat tambahan dalam memahami manusia sekeliling tetapi bersifat membumi, sangat praktikal serta satu solusi terbaik terhadap segala titik bengik permasalahan manusia dan kerjaya. Melalui STIFIn Personality yang sangat aplikatif menyebabkan manusia mampu meneroka seluruh potensi diri dalam segala aspek, dimensi, ruang dan penjuru.
Maklumat Berkaitan Kursus
Peserta yang menamatkan modul STIFIn Personality ini akan dapat;
-
merapatkan jurang hubungan dengan membina kejelekitan antara pekerja dengan memahami latar diri, pemikiran dan perbezaan idea.
-
memahami konsepkerja berpasukan, pengurusan kendiri dan organisasi berdasarkan STIFIn Personality.
-
membentuk orientasi semula sikap, tingkahlaku, objektif, matlamat dan budaya kerja.
-
menjadi pekerja yang lebih memahami diri dan berkeyakinan untuk berhubung dengan orang lain.
-
memberi nilai tambah dalam meningkatkan motivasi untuk menjadi pekerja yang terbaik yang dapat memahami dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh keyakinan terhadap diri sendiri dan pekerjaan yang dilaksanakan.
​
Tempuh program: 2 hari
Terbuka kepada semua termasuk golongan kakitangan organisasi syarikat.
Yuran: RM400 setiap peserta