(SKILL ENHANCEMENT OF MANPOWER INSTITUTE)
PUSAT LATIHAN SEMAI
Program Dan Kursus Di Pusat SEMAI
Pusat Latihan SEMAI menjalankan pelbagai program dan kursus kemahiran untuk belia dan pelajar lepasan SPM yang lebih cenderung dan berminat dalam bidang kemahiran terutama untuk sektor perladangan sawit. Selain daripada kursus kemahiran Pusat kami juga menjalankan program jangka pendek untuk peingkatan kemahiran dan kekompetenan bagi kakitangan teknikal.
Kami juga menganjurkan program keusahawanan bagi belia yang berminat dalam perniagaan disektor seperti menjadi Kontraktor Ladang bertujuan membantu industri menangani isu lambakan pekerja asing. Pembangunan usahawan dengan aplikasi teknologi moden pertanian akan dibimbing oleh pakar pakar industri dengan kerjasama pihak pembuat mesin serta kerjasama strategik bersama industri perladangan.
Program untuk kemajuan dan perkembangan individu juga dianjurkan untuk meningkatkan dan meneroka jati diri yang selama ini tidak diketahui. Program STIFIn telah di iktiraf kejayaan nya dengan pelajar Tahfiz berjaya khatam dalam tempuh 7 bulan!
Kursus Kemahiran Bidang Sawit​
Latihan Kemahiran akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar Institut Pemantapan Kemahiran Tenagakerja (SEMAI) di Kota Tinggi. Pusat SEMAI dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran dan Latihan terutama sekali untuk sektor perladangan. Fasiliti yang disediakan seperti bilik kuliah, makmal computer, dewan perhimpunan, café, surau, bengkel, blok penginapan, padang riadah dan sebagainya. Latihan amali akan dijalankan dikawasan ladang berhampiran dengan Pusat Latihan.
Program Keusahawanan ​
Dengan situasi kini dimana kebergantungan terhadap pekerja asing terlalu tinggi dan di burukkan lagi dengan kesukaran mendapatkan mereka, perlaksanaan mekanisasi untuk industri sawit bukan lagi menjadi pilihan malah ianya merupakan satu jalan penyelesaian.
Namun isu kebergantungan pekerja asing ini boleh di selesaikan sekiranya pihak yang berkepentingan boleh memainkan peranan yang lebih efektif dengan mengembelingkan tenaga kerja tempatan yang diberi latihan Kemahiran dalam bidang pengoperasian ladang sawit serta pembangunan usahawan supaya perkhidmatan mereka dapat diguna untuk menjana pendapatan bagi kelangsungan kehidupan mereka.
Program Pembangunan Jati Diri
​STIFIn adalah akronim kepada “S” bererti Sensing, “T” bererti Thinking, “I” bererti Intuiting, “F” bererti Feeling dan “In” bererti Insting. Ia adalah set mesin kecerdasan yang mewakili setiap personaliti manusia. Melalui Ujian Imbasan Jari STIFIn Personality, setiap manusia daripada seawal usia tiga tahun dapat dikenalpasti personaliti dan potensi diri mereka. Justeru ia akan memudahkan untuk mengurus manusia dalam segala aspek kehidupan mereka.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami perbezaan personaliti, orientasi manusia dalam segala bidang kehidupan dan mengaplikasi aspek serta elemen-elemen berkaitan dengannya.
Pendekatan dan pengisian program STIFIn Personality ini akan digabung jalin dengan pendekatan psikologi, kaunseling, organisasi dan personalit merentasi falsafah Islam.